Tajuk : Kejayaan Tercipta
Terpancar bangunan-bangunan pencakar langit serta kereta-kereta yang berada di awan bersesuaian deangan negara maju yang telah mngeluarkan teknologi-teknologi canggih dan bersistematik . Kini, negara kita sudah mencapai tahun 2040 . Dengan deruan kereta teksi yang dinaik oleh Ajib bercampur aduk bunyi kicauan burung-burung yang berterbangan di awan memecahkan ruang sunyi di bandar itu . Tambah pula, dengan deruan kenderaan moden membuatkan bandar semakin sibuk .
Ajib menunjukkan surat tawaran ke sekolah sukan kepada pemandu teksi tersebut . Lalu, Ajib bertanya
" Pak cik, boleh hantarkan saya ke alamat sekolah ini ? "
Pak cik itu pun membalas pertanyaan Ajib ,
" Boleh nak . Anak beruntung dapat sekolah ini kerana sekolah ini menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik bagi para pelajarnya .
Pemandu teksi itu bertanya ,
" Anak dari mana asalnya ? "
" Saya dari Kampung Silara pak cik . Saya tidak tahu apa-apa tentang kehidupan di bandar . Bapa saya telah meninggal dunia beberapa tahun dahulu . Jadi, saya disuruh oleh ibu untuk pergi ke sekolah ini bersendirian . "
Lalu, pak cik itu menyambung perbualan tersebut ,
" Takpe la nak . Mungkin ini rezeki anak sebagai satu titik permulaan untuk menjadi seorang atlet kebangsaan . Belajarlah rajin-rajin nak . "
" InsyaAllah . " , jawab Ajib sambil tersenyum kepada pemandu teksi tersebut .
Suasana di dalam kereta tersebut menjadi senyap semula .
Selepas 20 minit kemudian, kereta teksi itu mula mendarat di hadapan bangunan yang berdiri megah dengan ketinggiannya dan bentuk bangunan yang serba moden itu . Terbeliak mata Ajib apabila melihat bangunan tersebut merupakan sekolah yang ditawarkannya untuk belajar di situ .
Ajib bertanya kepada pemandu teksi itu .
" Kita sudah sampaikah pak cik ? "
" Sudah nak . Inilah tempat yang kamu tunjukkan alamatnya kepada pak cik tadi . "
Ajib pun berkata ,
" Kalau begitu, saya turun dululah pak cik . " Lalu, dia mengeluarkan wang dari dompetnya dan membayar kepada pemandu teksi itu .
" Terima kasih pak cik . "
****** ****** ****** ******
Terpampang nama bangunan tersebut ' Sekolah Sukan Berpusat ' dengan megahnya . Sekolah itu dibina bagi pelajar-pelajar yang berbakat dalam sukan bagi melatih pelajar sukan agar dapat menjadi seorang atlet negara suatu hari nanti . Bangunan sekolah yang dibina mempunyai struktur bangunannya yang tersendiri dan keunikannya bertaraf teknologi pada zaman moden itu . Bangunan sekolah yang merangkumi 30 tingkat dan di setiap tingkat-tingkat tersebut mempunyai satu jenis sukan yang telah disediakan kemudahannya . Inovasi pembinaan struktur bangunan ini boleh merapatkan ukhwah antara para pelajar yang mewakili berlainan jenis sukan
Ajib disambut baik oleh guru di sana . Ajib melangkah masuk dengan niatnya yang mendalam agar dia dapat mencapai cita-citanya dan dapat membantu keluarganya di rumah . Dia mengenalkan dirinya setelah smapai di sana .
Bermulalah kisah perjuangan Ajib dalam melatih dirinya untuk menjadi atlet kebangsaan yang boleh menaikkan nama negara suatu hari nanti .
Setelah beberapa tahun kemudian,
Ajib telah mewakili sukan olahraga di peringkat negeri dan telah berjaya ke peringkat kebangsaan . Kini, dia telah berjaya menjadi seorang atlet yang berjaya dan dikenali oleh masyarakat . Cita-citanya sudah tercapai dan Ajib tidak akan pernah melupakan sekolah dan guru-gurunya yang telah melatihnya sehinggalah dia berjaya . Terciptalah kejayaan yang terbilang di sekolah itu . Sekolahnya dalam kenangan .
#maaf cikgu klu saya salah tema . Harap cikgu terima :)