Saturday 28 December 2013

Cerpen

Cerpen : Futuristuik
Tajuk : Kejayaan Tercipta 


Terpancar bangunan-bangunan pencakar langit serta kereta-kereta yang berada di awan bersesuaian deangan negara maju yang telah mngeluarkan teknologi-teknologi canggih dan bersistematik . Kini, negara kita sudah mencapai tahun 2040 . Dengan deruan kereta teksi yang dinaik oleh Ajib bercampur aduk bunyi kicauan burung-burung yang berterbangan di awan memecahkan ruang sunyi di bandar itu . Tambah pula, dengan deruan kenderaan moden membuatkan bandar semakin sibuk . 

            Ajib menunjukkan surat tawaran ke sekolah sukan kepada pemandu teksi tersebut . Lalu, Ajib bertanya 

             " Pak cik, boleh hantarkan saya ke alamat sekolah ini ? "

Pak cik itu pun membalas pertanyaan Ajib , 

                " Boleh nak . Anak beruntung dapat sekolah ini kerana sekolah ini menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik bagi para pelajarnya . 

Pemandu teksi itu bertanya , 

                  " Anak dari mana asalnya ? "

                  " Saya dari Kampung Silara pak cik . Saya tidak tahu apa-apa tentang kehidupan di bandar . Bapa saya telah meninggal dunia beberapa tahun dahulu . Jadi, saya disuruh oleh ibu  untuk pergi ke sekolah ini bersendirian . "

Lalu, pak cik itu menyambung perbualan tersebut , 

                   " Takpe la nak . Mungkin ini rezeki anak sebagai satu titik permulaan untuk menjadi seorang atlet kebangsaan . Belajarlah rajin-rajin nak . " 

                   " InsyaAllah . " , jawab Ajib sambil tersenyum kepada pemandu teksi tersebut . 

Suasana di dalam kereta tersebut menjadi senyap semula . 
Selepas 20 minit kemudian, kereta teksi itu mula mendarat di hadapan bangunan yang berdiri megah dengan ketinggiannya dan bentuk bangunan yang serba moden itu . Terbeliak mata Ajib apabila melihat bangunan tersebut merupakan sekolah yang ditawarkannya untuk belajar di situ . 

Ajib bertanya kepada pemandu teksi itu . 

                  " Kita sudah sampaikah pak cik ? " 

                  " Sudah nak . Inilah tempat yang kamu tunjukkan alamatnya kepada pak cik tadi . " 

Ajib pun berkata , 

                   " Kalau begitu, saya turun dululah pak cik . " Lalu, dia mengeluarkan wang dari dompetnya dan membayar kepada pemandu teksi itu . 

                  " Terima kasih pak cik . "


                            ******                       ******                      ******                     ******



         Terpampang nama bangunan tersebut ' Sekolah Sukan Berpusat ' dengan megahnya . Sekolah itu dibina bagi pelajar-pelajar yang berbakat dalam sukan bagi melatih pelajar sukan agar dapat menjadi seorang atlet negara suatu hari nanti . Bangunan sekolah yang dibina mempunyai struktur bangunannya yang tersendiri dan keunikannya bertaraf teknologi pada zaman moden itu . Bangunan sekolah yang merangkumi 30 tingkat dan di setiap tingkat-tingkat tersebut mempunyai satu jenis sukan yang telah disediakan kemudahannya . Inovasi pembinaan struktur bangunan ini boleh merapatkan ukhwah antara para pelajar yang mewakili berlainan jenis sukan 

         Ajib disambut baik oleh guru di sana . Ajib melangkah masuk dengan niatnya yang mendalam agar dia dapat mencapai cita-citanya dan dapat membantu keluarganya di rumah . Dia mengenalkan dirinya setelah smapai di sana . 

         Bermulalah kisah perjuangan Ajib dalam melatih dirinya untuk menjadi atlet kebangsaan yang boleh menaikkan nama negara suatu hari nanti . 


Setelah beberapa tahun kemudian, 

           Ajib telah mewakili sukan olahraga di peringkat negeri dan telah berjaya ke peringkat kebangsaan . Kini, dia telah berjaya menjadi seorang atlet yang berjaya dan dikenali oleh masyarakat . Cita-citanya sudah tercapai dan Ajib tidak akan pernah melupakan sekolah dan guru-gurunya yang telah melatihnya sehinggalah dia berjaya . Terciptalah kejayaan yang terbilang di sekolah itu . Sekolahnya dalam kenangan . 
         


#maaf cikgu klu saya salah tema . Harap cikgu terima :)




Thursday 21 November 2013

Sajak : Bersyukur Nikmat Tuhan

Assalamualaikum . Hai, saya Nurin Fathiah binti Roslan . Saya pelajar SEHEBAT dri kelas 4Yakin, pelajar CikguDin dlm subjek Bahasa Melayu . Harap sajak saya diterima :)



BERSYUKUR NIKMAT TUHAN


Wahai manusia
Adakah kau tidak merasa bersyukur
Syukur dengan nikmat Tuhan
yang memberikan kau peluang
agar kau dapat merasa
Apa itu erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

Kini manusia masih lagi dalam khayalan
Adakah kau tidak rasa bersyukur
Saat ujian yang sukar untuk kau terima datang bersilih ganti
Mungkin kau tidak tahu
Setiap ujian dari Tuhan itu memberi makna yang mendalam.

Tidakkah kau terfikir
pabila saudara sesama kau memberi
Mengapa tidak kau merasa
Mengapa tidak kau menghargainya
Kau campakkannya seperti sampah busuk
Bukalah matamu wahai manusia.

Mungkin kau dilahirkan begini
Tetapi itu bukan alasannya
Kau boleh berubah agar kau dapat menjadi
manusia yang lebih bersyukur. 

Maaf cikgu kalau tak menepati tp saya harap cikgu terima ;)